Tuesday, October 09, 2012

Kedai nasi campur depan Jabatan Kesihatan Wilayah - Jalam Cendersari

Kedai hujung sekali, abg melayu pakai kepiah. Simple, sedap dan murah.

Aku makan nasi dengan daging rendang + ikan goreng + ulam kacang kelisa/botol. Semuanya tu RM5.50.

Pastu aku mintak nasi tambah...nak bayar, abg tu cakap "nasi tambah tak kira, free. Amnik je kuah apa nak.."

Alhamdulillah syukur. Kenyang and sedap.

Aku doakan semoga abg tu dimurahkan rezekinya dan diberkati Allah perniagaan nya selalu. Amin
Azril Adnan

Sunday, July 22, 2012

Tepung pelita or limas

Kat Taman Kosas tepi jalan masuk kat tepi padang sekolah.

Sedap..boleh makan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 02, 2012

Burger bakaq

Di food court Taman Dagang Avenue. Memang best! Memang power...! Value for money.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, May 12, 2012

Laksa and Pulut Udang best!

NPG Cafe. Am told NPG stands for Nasir Pisang Goreng.

Laksa and pulut udang kat sini memang best! Macam laksa masak kat umah. Pulut udang dia susah nak cari..inti dia and bakaq perfect!

You have received a map location.

http://maps.BlackBerry.com?lat=3.17386&lon=101.74553&label=Jalan+Enggang+Timur+7%2C+Ulu+Kelang%2C+Malaysia&desc=NPG+Cafe&address=Jalan+Enggang+Timur+7&city=Ulu+Kelang&region=Selangor&country=Malaysia&z=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, May 03, 2012

Medan Selera Jaya 223

Nasi lemak bungkus daun pisang panas....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, March 10, 2012

Pasemboq Kafe Alor Star - Taman Dato Ahmad Razalli, Ampang

Sedap..kuah dia best and cucoq dia best. Rangup and ada rasa. I just wish that cucoq dia lebih sikit and tauhu dia lebih sikit. Sengkuang and timun dia terlampau banyak..tak berapa proportion dengan servings. Tapi memang bebrbaloi...bila diadunkan dengan kriteria yg lain. Cleanliness tip-top, service excellent, toilet superbly clean, boss and staff mesra and down to earth.

Friday, March 09, 2012

A tweet from @Hana_Liyana

"@Hana_Liyana: Sila banned kedai "meals station" kat KL Sentral..dah 45 minit makanan ✗ sampai lagik!!order laksa ngan mee soup jerk! klt"
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, March 02, 2012

Zainul Nasi kandar

Another favourite of mine. Nasi kandar Zainul ni is a bit different from Kudu nasi kandar. Kari dia, ayam dia perrrgh! Actually from what I know Nasi Kandar original memang tak banyak lauk mcm Zainul ni.. Kari ayam, kari ikan, masak hitam and sayur 2 jenis. Dari segi cleanliness kurang sikit dari Kudu lah. Tapi bini aku yg tersangat sensitif perutnya tu tak cirit-birit lah lepas makan kat sini. Dari segi harga pun amat berpatutan. Pi makan 3 orang lauk ayam, teloq msin and pegedil sekali dengan ayaq RM23 saja. Kalau nak pi waktu yg terbaik ialah pukul 11am..lauk baru keluaq and tak payah bebaris panjang. Lokasi sebelah mahkamah majistret PJ.

Thursday, March 01, 2012

Kudu Nasi Kandar naik harga RM1

Nasi dengan ayam hitam, sambai hijau ngan bendi 3-4 batang biasanya RM5 tapi sekarang dah naik RM6. Masih berpatutan...sedap dan bersih. Servis pun cekap dan cepat...!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, February 27, 2012

Mee Abu @ Ampang Jaya

Mee Abu (Alor Star) or Mee Rebus
Ini lah ketagihan aku yg terbaru utk 2012. Mee Abu. RM5.00 sepinggan. Amat berbaloi. Ada daging ada paru.. sambai makau and kicap makes it perfect. Kafe Alor Star, Tmn Dato Ahmad Razalli, Ampang. (Click HERE for location). Memang best! Restoran yg sangat selesa...sangat bersih...toilet pun very clean. Tak sama mcm yg biasa-biasa kita pi ni. Selain dari mee abu yg lain-lain pun ada...boleh tahan juga. Akan saya post di sini tenatang menu lain di masa akan datang.

Yong Tau Foo Desa Pandan - Murah dan sedap


Sedap and murah...berbanding dengan
kebanyakan Yong Tau Foo lain di KL
Sebuah kedai makan yg sederhana . Yong tau foo sedap dan murah kalau dibandingkan dengan yg lain di sekitar KL. Selain dari Yong tau foo ada juga yg  lain. Aku sempat try mee rebus dia....ok memang ok. Ada daging. Kebersihan kedai ni...aku tgk tempat dan cara dia sediakan makanan kira ok lah. Kawasan sekeliling dalam kedai agak tak kemas. Nampak yg dorang ni tak cukup tangan... Aku bagi 3 star lah dari 5 stars utk kebersihan. Aku bawak bini aku makan kat sini. Bini aku ni perut dia sensitif sangat. Kalau silap sikit memang cirit birit lah jawabnya. Tapi setelah beberapa kali makan kat sini alhamdulillah...no cirit birit. Jadi dari sudut penilaian aku kedai ni memang berbaloi utk gi makan. Sedap dan murah... RM5 cukup utk 1 meal yg mengenyangkan.
Hari Jumaat tutup...hari lain buka

Location :- CLICK HERE

Mee rebus...sedap jugak




Memang sederhana.. parking tu la yg susah sikit tapi tak perlu bayar...tepi curb je